29 February, 2016

29 Februari 2016 : Memori 4 Tahun

29 Feb 2016 yang muncul empat tahun sekali, pastinya mengingatkan aku pada sahabat En Ali Penang yang lahir pada tanggal tersebut namun terputus hubungan saat ini. Selamat Hari Lahir Bro..

Apa pun 29 Februari 2016 sempat juga memahat sesuatu dalam pengisian aktiviti tarikh tersebut.

Hari ini ke Mesin Syiling TH Banda Kaba untuk menukar ke bentuk syiling resit bagi simpanan akaun Qwan. Hasil campak-campak syiling ke dalam koleksi cawan dapat juga mengumpul dan menambah simpanan.

Koleksi Cawan untuk bekas simpanan syiling

Campak ke cawan : Lumayan juga

29 Feb 2016 : Lewat jam 2 petang sempat mengambil kad pengenalan Nisa di JPN Cawangan Jasin yang tersergam berhadapan Balai Bomba Jasin Bestari. 

Penuh nostalgia seharian tanggal 29 Feb yang bakal diketemukan pada tahun 2020. In shaa allah, semoga dikurnia kesihatan, dipanjangkan usia dan dirahmati Allah kehidupan kita semua. Aamiin..


16 February, 2016

Melaka United : Liga Perdana 2016 (Stadium Hang Jebat)

15 Februari 2016 : Jam 9 malam adalah aksi ke dua pasukan Melaka United dalam Liga Perdana 2016 bertemu PKNS FC di Stadium Hang Jebat. Akhirnya tercapai hasratku untuk bersama-sama keluarga meluangkan masa menyaksikan perlawanan tersebut. Setelah lima tahun dalam Liga FAM, tahun ini menyaksikan Melaka United kembali bersaing dalam Liga Perdana dan membolehkan pengambilan pemain impot untuk memantapkan pasukan dan pastinya memeriahkan lagi aksi perlawanan.

Semalam sorakan penonton kembali bergema seperti suasana ketika Final Liga FAM 2015 : 

Melaka vs Perlis. 

Pastinya jika aksi meyakinkan penyokong tentu akan hadir memberi sokongan yang berterusan. Mujur aksi pertama di gelanggang sendiri memberi kemenangan yang meyakinkan untuk terus bersaing dalam kancah Liga Perdana 2016.





Tiket berharga RM15 (2 percuma 2 berbayar)
Terima kasih Penaja

Gegau Melaka Gegau (GMG)

Tahniah Melaka United


Masih banyak lagi Coach Mat Zan perlu studi untuk memantapkan lagi corak permainan, barisan tengah nampak longgar dengan tumpuan serangan banyak sebelah kiri dan kanan. Aksi seterusnya pasti akan lebih mantap jika adanya Labinot Harbuzi pemain tengah dari Sweden dan duo striker Spaso dan Syamil kembali menyengat secara sepenuh masa. 

Dalam pada itu tahap kebersihan di kawasan Grandstand Stadium Hang Jebat amat mendukacitakan, puntung rokok dan kulit kuaci masih terdapat di kawasan tersebut bahkan kerusi tempat duduk penonton pun kotor. Tentu sekali sampah sarap tersebut adalah semasa perlawanan akhir Liga FAM 2015 kerana Stadium penuh sesak ketika itu. Surau di Stadium kawasan Grandstand pun tidak terjaga kebersihannya, wajar sekali pihak Perbadanan Stadium yang bertanggungjawab menyelenggara mengambil tindakan drastik dan berkesan dalam menjaga kebersihan Stadium Hang Jebat. Sesuai dengan hasrat negeri Melaka yang begitu menitikberatkan soal kebersihan serta alam sekitar maka ianya perlu bermula di kawasan sekitar Stadium Hang Jebat itu sendiri kerana 2016 pastinya menjadi tumpuan penyokong tempatan dan luar negeri Melaka. 

'Jangan kotorkan Melaka' merupakan maksud  yang ingin disampaikan menerusi kempen
 Don't  Mess with Melaka sebagai salah satu program dilaksanakan bagi memastikan kebersihan negeri ini berada pada tahap yang terbaik. 
Petikan Artikel dari melakagreentech

 Grandstand Tingkat Atas
Kuaci aksi Final Liga FAM rasanya...ermm

Semoga pihak pengurusan Melaka United turut mengambil kira soal kebersihan di Stadium Hang Jebat sesuai dengan hasrat kerajaan negeri yang menitik beratkan kebersihan dan alam sekitar Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Gegau Melaka Gegau 2016

07 February, 2016

Melaka United : Salam untuk Liga Premier 2016

2016 : Melaka United (MU) kembali beraksi dalam Liga Perdana. Setelah 5 tahun beraksi dalam liga ke tiga anjuran FAM, kini  MU dengan penampilan empat pemain impot luar negara akan bersaing dalam saingan yang lebih kompetetif.

Gegau Melaka Gegau..

6 Februari 2016 : Dataran MBMB



Majalah Rasmi Melaka United

Team Melaka United 2016

TShirt sebagai tanda sokongan
Demi Kebanggaan

Bas Rasmi MU 2016



2016 : Semoga Melaka United akan dapat meneruskan rentak kecemerlangan, bersaing di Liga Premier dan mencapai misi dan visi tahun ini. 

2017 : Liga Super Kami datang...gegau melaka gegau


Diari Santai : Februari 2016

Februari muncul lagi. Selamat beristirehat buat semua : cuti panjang CNY. Pastinya cuti panjang persekolahan memberi masa terluang yang berharga bersantai bersama-sama anak-anak. Luangkan masa anda bersama anak-anak sempena cuti CNY ini...

Berikut antara aktiviti bulan februari :

Welcome to ASEAN'S Biggest Light Show : Sepanjang 2016 : MINES Wellness City Seri Kembangan, Selangor : Masa 0730 malam hingga 12 tengah malam : Sila layari laman web www.unityASEAN.com untuk maklumat lanjut

Pameran Seni Solo IKHLAS 20 Johan Ishak : 1 - 26 Feb 2016 : 9 pagi - 6 petang : Lobi Utama Balai Berita The NSTP Jalan Riong K.Lumpur .




Ya Allah berilah kami sekeluarga kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat ...aamiin