02 January, 2016

Diari Santai : Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016 : 

Semalam 1 Januari 2016, mengharungi hari pertama tahun baru..hujan waktu pagi di sini. Bersarapan bersama isteri di Medan Selera Taman Muhibah. Usai solat Jumaat bergegas ke rumah Arwah Pak Usop, Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..aamiin.

Lewat 3 Petang ke Bazar Kg Jawa : mencari tudung buat Riya, sesak Melaka dengan pengunjung luar dan dalam negeri.

 Lepas solat Maghrib bersama isteri, Nuar, Azri dan Nisa menjengah Stadium Hang Tuah (Dulu Stadium Kubu) menyaksikan perlawanan persahabatan antara Melaka United dan Air Asia FC, keputusan 1-0...masih banyak lagi Coach Mat Zan perlu studi untuk memantapkan lagi pasukan MU untuk bersaing dalam Liga Perdana 2016. Harap masih punya waktu untuk mengemaskini segala jentera bagi menghadapi saingan yang lebih kompetetif. Gegau Melaka Gegau...

Jam 10 malam Suhaimi info fm JB dalam grup whatsapp..Nur Izzati Ibrahim selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Sultan Ismail JB..tahniah buat En Ibrahim. Semoga tabah menghadapi kehidupan mendatang. Baru kehilangan isteri, didoakan semoga arwah Puan Zurina ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...aamiin. Cucu sepupuku merupakan Piut pertama Tok Husin dan merupakan generasi ke empat Tok Husin Mamot. Alhamdulillah..

Pantas masa berlalu 1 Januari 2016.

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Diari Santai Januari 2016 :

2 Januari 2016 : International Sailing Federation (Youth World Championship) : Langkawi Kedah.

2 Jan - 3 Jan 2016 : Popular Mega Bookfair : MITC Melaka : Selamat berkunjung ke Pameran Buku dan membeli belah peralatan sekolah  menjelang sesi persekolahan 2016.

2 Jan - 31 Jan 2016 : Pameran Istana Negara : 51 Tahun Masyhur Berdaulat : Muzium Diraja (Istana Negara Lama).

2 Jan - 10 Jan 2016 : Illusion Nothing As It Seems : Petrosains, The Discovery Centre KL

2 Jan - 19 Jan 2016 : Hello Kitty Go Around In Malaysia : Viva Home Expo. Sila layari www.hellokittygoaround.com.my untuk info lanjut.

11 Jan - 16 Jan 2016 : The 14th Royal Langkawi International Regatta. Sila layari http://www.langkawiregatta.com/ untuk info lanjut.



"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kecintaan-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu dan memohon kecintaan terhadap amalan yang mendekatkan kepada kecintaan-Mu"...Aamiin....