02 October, 2014

Buah Mentega Ayer Merbau Melaka

Kali ini pengkisahan tentang buah mentega yang tergolong dalam kategori buah nadir atau buah-buahan yang jarang serta sukar untuk dijumpai. Nama saintifiknya Diospyros blancoi. Aku kali pertama melihatnya ketika di Batu Pahat waktu menghantar sepupu untuk majlis perkahwinannya. lama rasanya tak melihat bauh tersebut hinggalah terserempak dengan pokok buah mentega selepas menjamu selera di Kedai Sup Pak Dollah, Ayer Merbau, Jasin, Melaka.

Makcik Toke kedai siap suruh kami menjolok buah tersebut...beri idea tanam dan semai kemudian jual benih pokok tersebut. Boleh dimakan mentah katanya dan buahnya berbulu halus bak baldu. Sedikit berminyak dan berlemak bak mentega.

Hmm...buat pokok hiasan ok juga atau lanskap untuk tanaman tepi jalan.
Pokok yang terletak bersebelahan dengan pokok rambai di belakang kedai sup tersebut memanglah jarang atau sukar untuk ditemui di Melaka.

Berikut gambar tentang pokok dan buah mentega :

Pokok Buah Mentega




Pokok Buah Rambai

Apa pun bagi mereka yang berada di sekitar Jasin, Melaka, bolehlah berkunjung ke Kedai Sup Pak Dollah, Ayer Merbau, Jasin, Melaka untuk melihat sendiri pokok dan buah mentega tersebut..itupun jika masih berbuah lagi. Sambil pekena sup serta rojak bolehlah bawa anak-anak melihat pokok buah yang sukar ditemui sekarang. Selamat berlibur...

01 October, 2014

Oktober 2014M/Zulhijah 1435H/Muharam 1436H

Salam bulan Oktober, bulan penuh pelbagai peristiwa... hariraya Qurban, deepavali dan yang penting bakal kita tempuh awal muharam (Maal Hijrah : 1436H), pantas masa berlalu menuju penghujung tahun 2014M. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat keberkatan Allah swt..dipermudahkan segala urusan dan dikurniai kesihatan dalam mengejar kehidupan dunia dan akhirat.

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Oktober 2014 :

Fabulous Food 1Malaysia : 1 Okt - 31 Dis 2014 : Kuala Lumpur : Bersedialah menikmati pelbagai juadah lazat dan disediakan chef terkemuka yang akan menyediakan pelbagai masakan dan hidangan khas. Anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Hari Raya Aidiladha : 5 Okt 2014 : Seluruh Malaysia : Menandakan kemuncak ibadah haji di Mekah yang dilaksanakan oleh berjuta-juta umat Islam pada setiap tahun. Selamat Menyambut Hari raya Qurban.

WWE Live In Malaysia : 10 Okt - 11 Okt 2014 : Stadium Putra, Bukit Jalil : Saksikan ahli gusti kegemaran anda seperti John Cena, Seth Rollins dan Wyatt family.

Kelantan International Rock Climbing Challenge : 11 Okt - 12 Okt 2014 : Etnobotani Park, Gua Musang : Disertai beberapa pendaki utama dunia bagi menguji ketahanan, kekuatan dan kemahiran diri.

Standard Chartered KL Marathon 2014 : 12 Okt 2014 : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur :  Larian yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka dan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan setiap tahun dari jumlah penyertaan. Melalui mercu tanda yang unik antaranya Menara berkembar, Tugu Negara, Little India, Masjid Negara.

Mount Kinabalu International Climbathon - Adventure Series : 19 Okt 2014 : Kundasang Sabah : Menempuh laluan berliku sejauh 23 km sehingga garisan penamat di Kundasang.

Deepavali : 23 Okt 2014 : Seluruh Malaysia : Perayaan 'Pesta Cahaya' ini diraikan oleh penganut agama Hindu.

Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix : 24 Okt - 26 Okt 2014 : Litar Antarabangsa Sepang : Debaran adrenalin motorsikal berkuasa tinggi yang ditunggang oleh pelumba-pelumba motor GP terbaik dunia.

Awal Muharam : 25 Okt 2014 : Seluruh Malaysia : Selamat Menyambut Maal Hijrah 1436H. Semoga diberkati amalan dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Akhirkata, selamat menempuh bulan Oktober 2014M/Zulhijah 1435H dan Muharam 1436H..semoga hari-hari mendatang akan terus dalam peliharaan dan keberkatan dari Allah swt.