04 September, 2014

Penyu Karah (Hawksbill Turtle) : Khazanah Laut Melaka Bandaraya Bersejarah



Melaka merupakan kawasan pendaratan Penyu Karah yang penting di perairan Semenanjung Malaysia. 
Di mana hampir 200 hingga 300 sarang di rekodkan setiap tahun. Spesis penyu ini dianggap yang paling cantik kerana corak cengkerangnya yang perang keemasan.

Penyu memerlukan kawasan pantai yang berpasir, gelap, sunyi serta tiada gangguan semasa bertelur. Kini tempat pendaratan penyu hanya terdapat di beberapa kawasan kecil di persisiran pantai dari Kuala Linggi hingga Tanjung Bidara dan Pulau Upeh merupakan pendaratan penyu yang paling tinggi di Melaka.







Ciri-ciri Penyu Karah : 

- Dikenali sebagai 'Hawksbill Turtle' kerana keunikan mulutnya yang menyerupai paruh burung helang.

- Cengkerangnya menarik dengan corak sisik bertindih dan berwarna perang tua atau kekuningan keperangan.

- Saiz penyu dewasa adalah di antara 70 - 90cm mengikut panjang cengkerang dengan berat antara 35 - 75kg.

- Ia hidup di kawasan berterumbu karang dan makanannya adalah span laut.

Musim bertelur adalah di antara bulan April hingga September. Bilangan telur penyu karah di antara 130 - 150 biji sekali bertelur.




Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan anda berpeluang melihat lebih dekat serta mendapat maklumat tentang Penyu Karah (Hawksbill Turtle) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kamunting, Masjid Tanah, Melaka. Masuk adalah percuma. Selamat Berlibur : TMM 2014.









02 September, 2014

Travelog : Port Dickson 2014


31 Ogos 2014 : Percutian bajet keluarga kali ini menuju ke Port Dickson (Bandar Tentera Darat), Negeri Sembilan. Sudah hampir setahun tidak berkunjung ke sana. Merentas Ayer Keroh, singgah minum sebentar di Restoran Ikan Bakar Malim, dalam perjalanan ke penginapan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Apa pun aura tontonan filem Ninja Turtles di MBO Cineplex, Melaka Mall telah menambah rasa ingin tahu untuk berkunjung buat sekian kalinya ke Pusat Konservasi Penyu Melaka di Pantai Padang Kamunting... Better Late Than Never...Seronok anak-anak dapat info dan melihat lebih dekat spesis Penyu Karah (Hawksbill Turtle) Masuk adalah percuma. Di Melaka satu-satunya spesis Penyu Karah melakukan pendaratan di sepanjang pantai Melaka untuk bertelur, ikut info petugas, jumlah penyu mendarat di Melaka sebenarnya lebih banyak dari di Pantai Timur (Terengganu). Pertama kali melalui kawasan tersebut, rupa-rupanya terdapat banyak chalet di kawasan tersebut. Pasti akan kami kunjungi semula untuk meneroka dan melihat penyu di waktu malam..waktu pendaratan adalah dari bulan April - September.




Tapak penetasan Telur Penyu Karah
Dari Pusat Konservasi Penyu tersebut, kami meneruskan perjalanan ke arah Port Dickson dan sempat singgah untuk mengambil gambar beberapa lokasi menarik di sepanjang perjalanan.


Hasrat untuk ke penginapan rumah tradisional Desa Balqis (artikel dalam Majalah Libur) di Kuala Linggi akhirnya tercapai : 



Seterusnya kami ingin ke kawasan rekreasi Hutan Paya Bakau Kuala Linggi, tutup le pulak..entahlah sama ada tutup kerana cuti merdeka atau sebaliknya. Waktu untuk check in yang masih panjang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di Kedai Kopi Pak Lang Port Dickson (pernah keluar artikel dlm Majalah Libur). Menu di sini lebih terarah Chinese Food...teruja untuk mencuba mi kicap serta kuah kari, sekurang-kurangnya telah menjejak dan mencuba menu di sini...tapi kenangan lama Kedai Pokok Buluh Pee Dee tetap dalam dalam lipatan memori.



Waktu untuk check in, bergerak semula ke arah Pasir Panjang dan terpaksa menempuh perjalanan yang cukup menyeksakan, ambil masa hampir 1 jam untuk perjalanan dari Bandar Port Dickson ke Rumah Peranginan Negeri Sembilan. Cuti Merdeka yang padat dengan kenderaan terutamanya di kawasan Teluk Kemang. 

Menuju ke penginapan kami, kawasan jalan masih belum berturap kerana pembinaan baru projek mega The Hibiscus...entahlah pembinaan hotel yang berdekatan dengan kawasan singgahan helang migrasi di Tanjung Tuan..apakah masih ada ruang lagi untuk burung pemangsa tersebut untuk ke lokasi tersebut atau terpaksa mencari lokasi baru, bahkan dari kejauhan pantai Tanjung Biru telah ada penerokaan di hutan simpan tersebut...atas dasar pembangunan....??? maka hutan terus di teroka dan di telanjangi...Tunggu dan lihat apakah projek mega ini bakal pencetus aura Bandar Tentera Darat atau menjadi projek Gajah Putih, bahkan jika melalui Teluk Kemang ke bandar PD..terdapat 2 atau 3 projek pembinaan yang terbengkalai yang pastinya mencacatkan pemandangan...Selamat Datang Ke Port Dickson (Bandar Tentera Darat)..




Akhirnya kami sampai ke penginapan bajet Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan (nak booking 2 malam dah penuh apatah lagi menjelang cuti sekolah bulan 9, pun dah di tempah awal dengan peserta kursus) : dengan harga RM40 semalam : fasilitas 2 bilik berhawa dingin, kemudahan disediakan : pinggan mangkuk, cerek elektrik jadi pandai-pandailah bawa gas stove dan periuk nasi untuk memasak

Berikut memori indah di Port Dickson 2014 :


My Fav Beach


Onie Mi Kari Pasar Teluk Kemang



01 September 2014 : Semalam di Bandar Tentera Darat, cukup untuk melepas rindu...perjalanan balik pastinya singgah di Sawit Corner Sg. Udang Melaka untuk merasai Nasi Arab dan Nasi Kawah Gulai Itik...



 Memori Port Dickson : (Ogos/Sept 2014)..selamat berlibur TMM 2014






01 September, 2014

September 2014M/Zulkaedah 1435/ Zulhijjah 1435H

Ogos2014 melabuhkan tirainya..muncul September..Semoga semuanya dirahmati Allah swt dan segala urusan mendatang dipermudahkan olehNya..

31 Ogos sempat melaksana percutian keluarga merentas pantai Padang Kemunting, Melaka menuju pantai Tg.Biru Port Dickson, biasalah percutian bajet kami di Rumah Rehat Kerajaan Negeri Sembilan..masih lagi RM40 semalam dengan kemudahan 2 bilik berhawa dingin cuma fasilitas seperti alatan memasak serta periuk nasi telah tiada dalam senarai...pinggan mangkuk dan cerek elektrik serta TV masih dikekalkan.

Berikut adalah aktiviti menarik sepanjang Bulan September 2014 :

Sarawak Regatta : 12 Sept - 28 Sept 2014 : Tebingan Kuching, Sarawak : Acara popular di Sarawak memaparkan perlumbaan antara bot panjang tradisi. Acara tradisi ini bermula sejak tahun 1800 dan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat yang hidup dalam harmoni.

Borneo Arts Festival : 12 Sept - 28 Sept 2014 : Labuan, Sabah / Sarawak : Menampilkan 27 pertandingan dan pameran yang berkaitan dengan seni persembahan, seni kontemporari dan kesenian tradisional. Pertunjukan fesyen, Pesta makanan Tradisional Borneo akan ditampilkan. Maklumat lanjut sila layari http://www.labuantourism.my/

Cuti Persekolahan : 12 Sept - 20 Sept 2014 : Seluruh Malaysia : Selamat Bercuti dan Selamat Berlibur : TMM 2014.

World Paintball Players League (WPPL) : 13 Sept - 14 Sept 2014 : Pusat Kokurikulum Negeri, Labuan, Sabah : Liga paintball yang disertai oleh para peserta dari seluruh dunia pasti menjadikan kejohanan tambah sengit.

Sambutan Hari Malaysia : 16 Sept 2014 : Seluruh Malaysia : Memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Menandakan penyertaan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pameran Kraftangan : 24 Sept - 3 Okt 2014 : Komplek Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, KL : Mempamerkan keunikan dan keindahan kraf cenderamata pereka tempatan. 

Africa Malaysia International Fashion Show : 24 Sept - 28 Sept 2014 : Avenue K Shopping Mall :
Saksikan kreativiti pereka fesyen bagi bagi acara pertama dan terbesar bagi komuniti Afrika yang seumpamanya di Malaysia.

Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo : 24 Sept - 28 Sept 2014 : Lapangan Terbang Lama Bintulu, Sarawak : Pesta layang-layang dengan pelbagai pertandingan akan menyemarakkan lagi bumi Bintulu.

Asia Pacific Ironman Langkawi : 27 Sept 2014 : Pulau Langkawi, Kedah : Cabaran triathlon kembali semula di Langkawi. Menampilkan cabaran berenang 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan larian sejauh 42.2km.

Akhirkata selamat menempuh Bulan September/Zulkaedah/Zulhijjah..semoga kehidupan kita semua dirahmati Allah swt