24 March, 2014

Bukit Fraser : Mac 2014

Menjelajah Bukit Fraser : idea spontan untuk minggu ke tiga Bulan Mac 2014, setelah 2 minggu terisi dengan memenuhi jemputan walimatulurus..kali ini minggu  penjelajahan merentas Melaka, N.Sembilan, Selangor dan Pahang. Buat isteri dan anak-anak kali pertama ke sana manakala aku pernah pada 2010 dulu bersama rakan-rakan. Perjalanan pergi balik hampir 606 km, pengalaman mengujakan jalan berliku-liku dari Kuala Kubu Baru membuatkan masing-masing pening kepala ...hmmm...memang sesuai untuk menguji kecekapan pemanduan, stress dan kesabaran..teringat merentas Pekan Mancis untuk menuju ke Karak hampir 15km penuh mengujakan,.Cuaca Fraser Hill cukup dingin sesuai untuk pasangan berHoneydewMoon cuma xtvt agak terbatas.

Kali ini bilik penginapan di Puncak Inn dan Shahzan Inn : Full House, ingatkan belum musim cuti sekolah takde orang namun ada syarikat jualan langsung telah menempah untuk aktiviti ahli mereka ..terpaksa ke Silverpeak Apartmen (2 bilik tapi boleh le memasak). Sempat menjengah Allan Water Park, Paddock, Ye OldeSmoke House cuma hasrat menjengah Air Terjun Jeriau tak kesampaian kerana jalan berliku dan ada kesan tanah runtuh, hujan turun di Bukit Fraser setelah hampir 2 bulan kekeringan.

Jika tahun 2010 dulu ada masa naik dan turun tapi pada kali ini tiada lagi, anda boleh terus memandu dari jalan bawah hampir 8 km untuk naik dan turun mengikut jalan yang berbeza.

Empangan Kuala Kubu Baru : susut paras air
Air Terjun Sg Semangkuk

Jalan naik 8 km ke Old Gap

Lokasi wajib berfoto

Kerusi merah jgn dilupa

Allan Water Park : hujan yg turunnn

Indahnya ciptaan Allah swt

Berkabus lagi jam 10 pagi



Di kawasan jalan turun

Hasrat nak menunjukkan anak-anak lokasi sarang labah tarantula tak kesampaian, setelah meninjau-ninjau lereng bukit sepanjang Jalan Girdle takde pulak terjumpa tanda lokasi Tarantula, hujan renyai yang turun menyebabkan hasrat tak kesampaian...apapun Bukit Fraser sememangnya lokasi sesuai untuk pencinta burung dan mereka yang ingin lari dari hiruk pikuk metropolitan...cuaca menyegarkan.

Sebenarnya sepanjang laluan ke Bukit Fraser : ada dua lokasi yang boleh anda singgah iaitu di kawasan Sg Chiling (Santuari Ikan Kelah) dan Air Terjun Sg Semangkuk. Selamat Berlibur : TMM 2014

01 March, 2014

Mac 2014M/ RabiulAkhir / JamadilAwal 1435H

Bulan Mac 2014 menjengah sudah, pantas masa berlalu. Musim hujung minggu terisi dengan pelbagai aktiviti, insyaallah hari ini ke Country Homes Rawang untuk memenuhi undangan walimatulurus, begitu juga minggu hadapan tarikh 8 dan 9 Mac undangan yang sama tapi di Melaka sahaja. Musim pelbagai, musim Br1M, musim cuaca panas, alhamdulillah semalam hujan melanda Bandar Melaka meskipun sekejap namun syukur melihat titisan hujan melanda rumput pepohon yang mula kering...mungkin hasil pembenihan awan agaknya...Bandaraya Melaka Bersejarah : hujung minggu yang sesak...

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Mac 2014 :

Le Tour De Langkawi : 01 - 08 Mac 2014 : Kedah,Perak,K.Lumpur,Selangor,Melaka,Johor,
Pahang dan Terengganu : Dengan slogan 'Bahang Kembali Semula' acara berprestij perlumbaan berbasikal dengan jumlah keseluruhan perlumbaan adalah kira-kira 1,506km. Anda boleh layari http://www.ltdl.com.my untuk maklumat lanjut.

Daing Sulaman Eco Festival : 01 Mac 2014 : Lok Nunuk Dantai, Tuaran, Sabah : Nelayan di daerah ini meraikan kesyukuran semasa musim menangkap ikan. Persembahan kebudayaan menghidupkan sambutan.

Raptor Watch 2014 : 8 Mac - 9 Mac 2014 : Tanjung Tuan PNB Ilham Resort, Batu 10, Port Dickson, Negeri Sembilan : Saksikan migrasi ribuan burung-burung pemangsa seperti Oriental Honey-Buzzard, Black Baza yang terbang di Tanjung Tuan sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Hemisfera Utara. Sila layari http://mnsraptorwatch.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut.

Port Dickson 4x4 International Sand Challenge : 8 Mac - 9 Mac 2014 : Port Dickson, Negeri Sembilan : Acara utama yang melibatkan penggunaan 4x4 berkuasa tinggi, turut dimeriahkan dengan peertandingan memancing,paintball dan carboot sale. 

2nd Fai Asian Paragliding Accuracy Championship (FAPAC) : 12 Mac - 19 Mac 2014 : Kg Lohan,Ranau, Sabah : Paragliders seluruh dunia akan berkumpul di Lohan Hill, Ranau untuk menyertai acara berprestij ini.

Future Music Festival Asia (FMFA) : 21 Mac - 22 Mac 2014 : Sepang International Circuit, Selangor : Festival Muzik dengan persembahan menggabungkan lebih 30 barisan artis antarabangsa dengan genre muzik yang berbeza.

Malaysia International Shoe Festival 2014 : 27 Mac - 30 Mac 2014 : Hall 2, PWTC Kuala Lumpur : Ekstravaganza buat peminat kasut terutamanya kaum wanita di Malaysia. Potongan harga yang menarik buat penggemar koleksi kasut dengan gaya terkini.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta : 27 Mac - 30 Mac 2014 : Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya : Bertemakan '1 Dunia 1 Malaysia 1 Fiesta' diwarnai dengan puluhan belon udara panas berwarna-warni.

Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2014 : 28 Mac - 30 Mac 2014 : SIC Selangor : Saksikan debaran yang menguji adrenalin di salah satu trek Formula 1 terbaik di dunia.

Sumber : Majalah Libur Mac 2014 : TMM 2014

Akhir kata selamat menempuh Bulan Mac 2014, semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah swt.