22 December, 2013

Jenjalan Sungai Melaka (Kg.Jawa - HRC Melaka) 2013


River Cruise Sg Melaka
Luangkan masa bersama anak-anak semasa cuti persekolahan. Semalam (21 Dis 2013), memenuhkan masa yang terluang untuk melihat sendiri Homestay D'Brug dan menikmati rojak di Restoran Line Clear. Rasa teruja bersama famili menyusuri Sungai Melaka melalui siar kaki yang di sediakan. Dari tempat letak kereta di Wana Riverside Hotel, kami menyusuri sungai untuk makan-makan di Line Clear dan melihat sendiri Homestay D'Brug (gambar muka depan Libur keluaran Nov 2013). Namun tempat duduk penuh dengan pengunjung terpaksa jalan-jalan dulu hingga ke Hard Rock Cafe Melaka kemudian berpatah balik untuk menjengah Line Clear, namun hampa hanya menu rojak dan mee goreng sahaja yang ada manakala sate telah habis...hmmm sabau je la. Artikel tentang Restoran Line Clear turut terdapat dalam Libur Nov 2013, itu yang nak jengah juga. Tak pe lain kali pujuk hati, kita Orang Melaka 'apa ada kisah' dibuka Hari Isnin - Sabtu dari jam 10 pagi hingga lewat petang tapi sate hanya muncul jam 12.30 thari. Apa pun, semalam memang sesak dengan pengunjung terutama di kawasan Bandar Hilir : Indahnya Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tarikan pelancongan Melaka : Sg.Melaka

Line Clear : Rojak, Sate, Pasembog

Homestay D'Brug : Inap Desa moden di Melaka

Jalan mana nak ku tuju

Pokok Melaka 

Cer baca...kisah Pokok Melaka

Agak2 brp usia peti besi Madrasah Kg Jawa
Jom jenjalan 10k langkah : siarkaki

HRC Melaka 

Lefthanded HRC Mlka 22 Dis 13

Inap tepian Sg. Melaka


Selamat berkunjung ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Serangkap pantun pengakhir bicara :

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu api
Dari jauh tuan puan datang
Kami di sini sedia menanti






16 December, 2013

Pulau Langkawi 2013 : Hari Ke Empat

Cinta Bandar Tasik Selatan


Hari Ke Empat

12 Dis 2013 (Khamis)

Menempuh perjalanan hampir 8 jam dari Stesen Keretapi Butterworth ke KL Sentral, memang meletihkan, tidak dapat lena. Setelah tiba di KL Sentral jam 0615 pagi, naik eskalator dan kemudian turun ke sebelah kanan untuk aktiviti seterusnya berus gigi, basuh muka, solat subuh.

KL Sentral lengkap dengan pelbagai kemudahan : nak mandi (RM5) nak simpan beg (RM10/RM15) nak sarapan pepagi lagi (McD).. fasilitas memang canggih. Dari KL Sentral, beli pula tiket Komuter RM1 untuk ke Stesen Bandar Tasik Selatan, memasuki platform 6 untuk ke arah selatan : TBS

Selesa menaiki Komuter ke BTS, turun sahaja di stesen tersebut, kami berjalan hampir 200mtr untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Pertama kali di TBS, memang mengujakan, ala-ala di Lapangan Terbang KLIA ler pulak. Kemudahan yang disediakan memang cukup selesa. Pembelian tiket di kaunter kemudian turun ke bawah : Pintu 4 untuk perjalanan bersama Mayang Sari ke Melaka Sentral. Nak beli tiket kanak-kanak kena tunjukkan MyKid ler pulak, nak pastikan benar atau palsu gamaknya. Harga tiket TBS-Melaka Sentral : Dewasa RM11/Kanak-kanak RM10.10. Menempuh perjalanan hampir 2 jam untuk kembali ke Merlimau untuk menamatkan misi Percutian Keluarga : Percutian Domestik 2013 - Pulau Langkawi (Udara/Laut/Darat)

BTW ke KLS : ETA 0615
Penantian Ke BTS
Komuter ke TBS
Terminal Bersepadu Selatan (TBS)





Melaka Sentral
Go Go Melaka Go
Melaka Sentral - Merlimau : RM3.50

Syukur kehadrat Allah swt kerana telah merahmati perjalanan pergi dan balik percutian kami sekeluarga : Pulau Langkawi 2013 : Indahnya Malaysia.

15 December, 2013

Pulau Langkawi 2013 : ULD (Hari Ke Tiga)

Hari Ke 3

11 Dis 2013 (Rabu)

Masa pantas berlalu, masuk hari ketiga di Langkawi, berkemas untuk kembali ke daerah tercinta Merlimau, Melaka. Pagi ini kami berhasrat untuk menikmati sarapan pagi di Restoran Lagenda, Holiday Villa Resort. Untuk makluman bagi penginap Federal Villa (Rumah Peranginan Persekutuan), sarapan pagi adalah pilihan anda sama ada Menu JPM : Dewasa RM8.80 dan kanak-kanak RM5.50 atau menu buffet diskaun 20%(harga RM38)

Menu JPM (Penginap Federal Villa)

Nasi Goreng Cina
atau
Mee Goreng Mamak
atau
KueyTeow Goreng

Jus Oren
atau
Jus Epal
atau
Ala Carte Buah2an

Kopi/Teh 


Jadi kami pilih menu JPM je, duduk sahaja di meja..anda akan dilayan sepenuhnya. Alhamdulillah cukup ala kadar mengalas perut sebelum menaiki feri ke Kuala Perlis. Setelah sarapan jenjalan sebentar di pantai. Holiday Villa bakal punya kolam renang terbaru 2014

Kolam Renang di jangka siap 2014


Bergerak ke Jetty Point untuk menaiki Feri ke Kuala Perlis. Harga Tiket Dewasa RM18/Kanak-kanak RM13. Sebelum itu sempat ronda-ronda di Dataran Lang, Taman Lagenda dan beli souvenir. Untuk mereka yang ingin membeli keychain/fridgemagnet/souvenir lain, di cadangkan beli sahaja di kedai cenderahati Jettypoint...nampak lebih terkini dan menarik,pelbagai pilihan.




Cukup sesak pengunjung ke Langkawi, padat penumpang ketika berlepas jam 1345 ke Kuala Perlis. Seat No 391 - 396, jika tidak terlepas pelayaran ke pukul 1500.


Sampai ke Jeti Kuala Perlis hampir jam 3 petang, bergegas ke Terminal Bas Kuala Perlis yang terletak hampir 400mtr dari jeti. Perancangan untuk menaiki bas ke Butterworth berubah dari pelan asal kerana tiada lagi perkhidmatan bas K.Perlis - Butterworth seperti tahun 2007. Nasib baik ada brader offer untuk hantar ke Terminal bas di Kangar (bayar RM20 der satu kete) untuk terus ke Butterworth bagi menyambung perjalanan keretapi ke KL Sentral jam 2230. Masih sempat lagi menjengah Kangar, perjalanan bas Kangar  - Butterworth memakan masa hampir 3 jam : singgah Terminal bas Alor Setar untuk kutip penumpang. bayaran Transnasional Dewasa RM15.10/Kanak-kanak RM11.40. Melalui Seberang Jaya..nostalgia lama..


Rassa di Kangar Long Chan di Melaka
From Kangar With Love
Tiba di Penang Sentral, Butterworth jam 2030, mencari jeruk penang sebagai cenderahati, sempat pekena Capati menanti jam 2230. Masih belum siap sepenuhnya terminal keretapi di Butterworth, tidak seperti di Gemas yang telah beroperasi dengan wajah baru.

Penang Sentral
Cer teka yang mana Buah Melaka
Jeruk Buah Melaka
Harga tiket tempat duduk keretapi Aircond SecondClass : Dewasa : RM34/Kanak-kanak RM21. Secara jujurnya, memang tak boleh lena perjalanan Butterworth - KL Sentral bermula jam 2230 - 0630. Kena cari tempat tidur, baru lena gaknya. Dengan lampu yang terpasang, sejuk sangat aircond, orang lalulalang (nak pi tandas/kantin gaknya)hmm...sabag je la. Lain kali kene pakai penutup mata atau penutup telinga..hahaha..harga makan atas keretapi atas rel darat ..maggi cup RM4, sandwich RM4...mcm kat udara ler pulok...




Hari ketiga menempuh perjalanan berbeza dari Federal Villa ke Jetty Point : Kereta : Untuk ke Kuala Perlis : Feri : Dari Kuala Perlis ke Kangar : Kereta : Dari Kangar ke Butterworth : Bas : Dari Butterworth ke KL Sentral : Keretapi. 

11 Disember 2013 : Nostalgia...Indahnya Malaysia.





14 December, 2013

Pulau Langkawi 2013 : Udara,Laut,Darat (Hari Ke Dua)

Hari Kedua Di Langkawi

10 Dis 2013 (Selasa)

Seawal jam 8 pagi kami semua sudah bersedia untuk ke Pekan Kuah bagi mengikuti trip Island Hopping : untuk menjelajah Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Sebenarnya di kawasan hujung tempat penginapan kami di Pantai Cenang (Awana Porto Malai) pun ada disediakan perkhidmatan bot ke pulau-pulau tersebut. Namun kami merancang untuk membeli belah di Pekan Kuah jadi terus bawa kereta ke sana dan menaiki bot di Jeti Pelancongan Kuah. Harga Dewasa trip Island Hopping : Dewasa RM35 dan kanak-kanak RM25. Setiap bot boleh memuatkan seramai 12 orang jadi kami 'sharing boat' dengan pengunjung lain dan pastikan anda ingat kapten bot dan rakan-rakan lain bagi memudahkan pergerakan kerana kita akan turun di Pulau Beras Basah dan Tasik Dayang Bunting. Bagi yang ingin menyewa terus bot harganya RM250, lebih eksklusif gamaknya, takde sharing-sharing...Sebelum itu sempat bersarapan pagi di warung hadapan Hotel Langkasuka, pekena Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Ikan Bilis, ini penting bagi mengalas perut bagi trip Island Hopping dari jam 0930 pagi hingga 1 tengahari.



Dari Jeti di Kuah, kami di bawa terus ke Pulau Beras Basah, anda boleh bermandi manda disini tapi tiada tandas,kedai hanya ada chalet persendirian dan perigi untuk membilas badan..pandai-pandailah cari port nak lepaskan hajat..hehehe





Aktiviti seterusnya dibawa melihat kawanan helang menyambar makan..perut ayam rasanya..otw anda boleh lihat Pulau Mengandung ..ikut kata kapten Bot tu ler

Terbang Helang..mau obes mkn lemak ayam je
Pulau Mengandung dari kejauhan


Penjelajahan diteruskan ke Pulau Dayang Bunting, penuh sesak dengan pengunjung. Terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke tasik tersebut, mau kejang kaki rasanya..dah lama tak bersenam...






Tamat Island Hopping, itenirari hari ke dua diteruskan dengan shopping coklat, oleh kerana travel kali ini menaiki pengangkutan awam jadi terpaksa dihadkan pembelian gulacoklat...pinggan mangkuk jauh sekali. Ke HIG next Idaman Suri, selepas melihat tarikh luput Daim bulan 2/14..hmm 2 bln je lg ..terus terjah Idaman Suri : Daim tamat bulan 6/14..ok ler jugak..harga pun sama je. Dan untuk parking di Pekan Kuah, perlu beli tiket letak kereta, beli tiket seharian je harga RM4.


Lepas beli bolah, terus kami ke Komplek Makam Mahsuri...harga tiket dewasa RM7 kanak-kanak 8-12 tahun RM 3.50 dan kanak-kanak 5 - 7 tahun RM1..dalam pada itu sebelum jelajah diteruskan singgah jap kat Buraq Oil isi minyak kete RM10 je...rasa-rasanya BuraqOil hanya terdapat di Langkawi je...entahler tak pernah nampak lak kat tempat lain...hehehe










Di Komplek Mahsuri ini, selain makam mahsuri, rumah kedah lama, komplek Penghulu, sangkar haiwan, jualan sup gamat, kopi kampung, muzium informasi, kedai kraf cenderahati, gerai laksa mahsuri turut terdapat di sini.

Selepas Komplek Mahsuri kami bergerak balik ke Federal Villa, terasa letih apatah lagi ketika Island Hopping macam berjalan 10k langkah...untuk malam hari ke dua, rehat sebentar di bilik sebelum menjelajah 'Cenang nite'


Malam di Pantai Cenang..jenjalan 'walknite'...banyak kedai makan, ada Cenang Mall, pelbagai kedai tshirt, souvenir...seolah-olah segar sepanjang malam ..menyusuri jalan di Cenang..baik untuk kesihatan...jalan-jalan cari makan..





Tamat untuk jelajah hari ke dua di Langkawi, memang keliling pulau sungguh kali ni, esok masa untuk pulang guna jalan laut dan darat. Nostalgia 10 Disember  2013...