06 May, 2013

N26 SERKAM (Peratus Mengundi : 90.4 : Terbaikkk)

Asssalam... Salam 25 Jamadilakhir 1434H. Hari ini suratkhabar laris sungguh, berebut-rebut orang nak mendapatkan berita sensasi, pastinya cerita Pilihanraya Ke 13. Syukur ke hadrat Allah swt kerana memperkenankan doaku agar Barisan Nasional terus menerajui pentadbiran Malaysia. Keamanan, kesejahteraan, kemakmuran milik kita. Teringat masa bertugas di belantara Kedah ( Marker India ) lewat 90an bersempadan Thailand...bersyukur atas nikmat keamanan apatah lagi selepas peletakan senjata Komunis cuma masa tu risau gak jerangkap-jerangkap samar di sekitar kawasan tersebut..setelah bersara nostalgia lama berlegar dikotak fikir, alhamdulillah moga keamanan di bumi Malaysia berterusan tanpa ada sebarang pengaruh dari anasir-anasir luar yang ingin memporak perandakan bumi bertuah ini. Melihat situasi di Lahad Datu, teringat latihan-latihan yang kerap dilaksanakan dalam kawasan ladang kelapa sawit, memang bertepatan dengan bentuk mukabumi situasi tersebut dan pastinya memudahkan pihak keselamatan terutamanya pasukan infantri merealisasikan latihan fasa tersebut....teringat Ex Semangat Bersatu bersama Singapore Army dan Ex Suman Warrior di New Zealand...nostalgia...

...terbawa-bawa emosi, yang sebenarnya saja nak cerita peratus mengundi di N26 Serkam (90.4)..tertinggi di Melaka, silap-silap seluruh DUN di Malaysia...Keputusan rasmi :

N26 SERKAM

Jumlah Pengundi : 15,543
Peratusan Kaum : M :88.83% C :7.14% I :3.70% L : 0.34%

1. ZAIDI ATTAN (BN) ..............................8,715
2. KAMARUDIN SEDIK.............................5,115

Majoriti : 3,600        Undi Rosak......185
Jumlah Undi : 14,015  % Mengundi : 90.40

2008 : Ghazale Muhamad (BN) Majoriti : 2,819   *Sumber Berita Harian : 6 Mei 2013*

Secara ringkasnya tahniah buat YB baru Saudara Zaidi Attan (Ketua Pemuda Bhg Jasin)...semoga dengan peningkatan majoriti akan membuatkan Yang Berkhidmat akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN Serkam sesuai dengan slogan anda Menepati Janji Membawa Harapan

Teruja mengundi semalam beratur awal jam 0750 pagi, berbual tika beratur dengan bekas Ketua Tempat Mengundi menceritakan kisah menarik semasa beliau bertugas dulu-dulu...5 Mei 2013 mencatat memori : pertama kali mengundi sebagai pengundi awam setelah bertahun-tahun berstatus pengundi pos dan pertama kali juga pengenalan dakwat kekal...

Apapun ucapan Datuk Seri Najib Razak cukup terkesan dihati :

"Keputusan rakyat ini turut menunjukkan trend polarisasi pengundi dan ini membimbangkan kerajaan. Jika tidak ditangani, ia boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di negara ini. Kita perlu mengadakan national reconciliation ( penyatuan nasional ) supaya sikap ekstremisme keterlaluan dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional"

Akhir kata, semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dipayungi rahmat Allah swt....

01 May, 2013

Mei 2013/JamadilAkhir/Rejab 1434H

Salam Sejahtera buat semua, semoga kehidupan kita akan sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t...Hari ini 1 Mei : Cuti umum sempena Hari Pekerja. Cuaca mendung disini, hujan rahmat turun lewat semalam. Demam PilihanRaya makin melanda. 5 Mei bakal menyaksikan Pilihanraya Umum ke 13. Alhamdulillah aku bakal mengundi pertama kali pada tarikh tersebut setelah beberapa kali bergelar 'pengundi pos'. Satu Undi untuk DUN dan satu Undi untuk Parlimen..dulu teringat slogan Satu Peluru Satu Musuh..Apapun didoakan Keamanan,Kemakmuran,Kesejahteraan Kekal milik rakyat Malaysia : Tanahair tercinta, Jangan dibiarkan anasir-anasir luar memporak-perandakan KEAMANAN sedia ada. 

Melihat 3 kad undangan jemputan perkahwinan pada tarikh keramat 5 Mei 2013...hmm terpaksa keluar awal untuk mengundi dan pertama kali juga penggunaan dakwat kekal..pasti meriah tika menghadiri majlis perkahwinan dengan masing-masing menayangkan kuku jari telunjuk yang telah dicalit...hahaha..pengantin pun terpaksa elak berinai di jari telunjuk kiri gamaknya...

Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Mei :

Hari Pekerja : 1 Mei : Seluruh Malaysia : Cuti umum hari ini. Mengikut sejarah, ia merupakan satu hari peringatan tentang kemenangan perjuangan pekerja untuk masa bekerja 8 jam sehari selepas berlakunya mogok besar-besaran yang dikenali sebagai Mogok Haymarket 1886. Untuk aku Selamat Hari Pesara.

Pesta Tanjung Balau : 1 Mei : Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor : Pesta bagi mempopularkan Pantai Tanjung Balau. Antara acara menarik : xplorace, pakaian beragam. Anda boleh layari http://www.johortourism.com.my

Sabah Fest 2013 : 3 Mei - 5 Mei 2013 : Kota Kinabalu,Sabah : Menampilkan pesona budaya dan tradisi kumpulan etnik yang pelbagai di Sabah. Anda boleh layari untuk info lanjut www. sabahtourism.com

1 Malaysia Motocross and Clubcross : 4 Mei - 5 Mei 2013 : Plaza Angsana, Johor Bahru : Acara penuh ekstrim ini mempamerkan aksi-aksi menarik penunggang motocross tempatan berlumba untuk merebut kejuaraan. Untuk maklumat lanjut sila layari : www.johortourism.com.my

PilihanRaya Umum Ke 13 : 5 Mei 2013 : Seluruh Malaysia : Tunaikan tanggungjawab anda selaku rakyat Malaysia untuk mengundi pada hari tersebut bagi peringkat DUN dan Parlimen. Semoga Keamanan, Kemakmuran, Kesejahteraan Kekal Milik Rakyat Malaysia.

Hari Hol Pahang 2013 : 7 Mei 2013 : Pahang : Hari Hol diisytihar cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang ke 4 Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini.

It's All About Jazz : Borneo Jazz and Rainforest World Music Festival : 10 Mei - 11 Mei 2013 : Miri Parkcity Every Hotel, Sarawak : Miri International Jazz Festival telah diberi nafas baru. Acara kemuncak termasuk persembahan kumpulan tempatan dan antarabangsa, kraf bazaar, Jazz store Borneo dan kampung Mart. Sila layari www.jazzborneo.com

International Pahang River Rafting Expedition 2013 : 12 Mei - 18 Mei 2013 : Sungai Pahang : Pengalaman merentasi Sungai Pahang sambil menikmati panorama serta keindahan sepanjang tebing sungai. Sila layari http://www.kpkk.gov.my

Putrajaya Youth Festival 2013 : 23 Mei - 26 Mei 2013 : Boulevard Putrajaya, Presint 1 - 6,18 dan 20 : Sempena Tahun Sukarelawan Negara, perhimpunan belia terbesar di Malaysia kembali di Putrajaya. Kemuncak sambutan termasuklah pameran bot kuasa, selam skuba kolam, dan pertunjukan basikal yang besar. Acara ini diadakan dengan konsep membantu belia untuk mengembangkan potensi mereka, mengembangkan kreativiti dan membina perpaduan dalam kalangan mereka. Laman web : http://www.festivalbelia.gov.my/

Hari Wesak : 24 Mei 2013 : Seluruh Malaysia : Hari bagi penganut agama Buddha kerana melambangkan kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha.

Citrawarna 1 Malaysia 2013 : 25 Mei 2013 : Dataran Merdeka : Acara tahunan yang cukup berwarna-warni ini mengumpulkan semua warisan dan budaya dari semua negeri serta makanan daripada pelbagai kumpulan etnik di Malaysia. Persembahan tradisional, perarakan warna-warni.

Tadau Kaamatan 2013 : 30 Mei - 31 Mei 2013 : Sabah dan Labuan : Tadau Kaamatan atau perayaan selepas menuai adalah satu peristiwa penting di Sabah. Ia kebanyakannya disambut oleh masyarakat Kadazan-Dusun untuk meraikan hasil tuaian mereka. Selain tarian tradisional dan persembahan muzik. Acara kemuncak ialah pertabalan Unduk Ngadau dan Sungdoi ( Kadazan Idol ) 

Akhir kata selamat menempuh Bulan Mei 2013/JamadilAkhir/Rejab 1434H..semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kehidupan kita semua...Selamat Berlibur dan Selamat Mengundi...