01 April, 2013

April 2013/JamadilAwal/JamadilAkhir 1434H

 
Salam Sejahtera buat semua..semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah swt. Menjengah kita ke bulan April/J'Awal/J'Akhir..seminggu cuti persekolahan, pasti ramai yang mengisi cuti tersebut dengan berlibur ke destinasi yang dirancang. Ada yang ke LWOT Tambun, Pangkor Island dan ada juga yang merentas ke Vietnam (panas berdebu disana katanya..). Aku : bersama famili menjengah ke satu lagi tarikan pelancongan Melaka iaitu Taman Burung Melaka di Hutan Botanikal Ayer Keroh : Welcome To Melaka Bird Park The First Open Aviary Bird Park with Canopy Walk in Melaka..huhuhu berlibur domestik je..bajet ciput..masih lagi harga promosi Dewasa RM10 manakala kanak-kanak RM7.50, apa pun satu lagi destinasi bagi pengunjung yang berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah, masih ada lagi kerja-kerja penambahbaikan di Taman Burung tersebut...seronok Qwan melalui Canopy Walk melihat burung berterbangan, teringat cerita kegemarannya Rio : Santai di situ kemudian kami menikmati makan tengahari di warung berhadapan Kem PLKN Ayer Keroh....cuaca memang panas ketika ini berteduh di bawah pepohon hijau Hutan Botanikal...menghirup ais barli..hmmmm...di kelilingi pokok kedondong bulan, pokok merawan siput jantan...dan pelbagai spesis flora...
 
 Antara aktiviti menarik Bulan April 2013 :
 
 
Festival Gendang Nusantara : April 2013 : Dataran MBMB Ayer Keroh Melaka : Menonjolkan kepelbagaian alatan muzik gendang dari seluruh dunia diiringi tarian tradisional. Anda boleh layari untuk info lanjut di www.mbmb.gov.my
 
 
Pesta Candat Sotong : April 2013 - Julai 2013 : Pulau Redang : Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman mencandat sotong di Pulau Redang anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Anda boleh layari www.terengganu.gov.my
 
 
Pameran Sains, Inovasi dan Teknologi Selangor 2013 : 4 April - 6 April 2013 : Pusat Konvensyen Shah Alam :  Menyediakan platform yang sesuai kepada penyelidik, saintis dan syarikat untuk mempamerkan produk terbaru mereka kepada pembeli atau pelabur berpotensi. Sila layari www.sitexselangor.com untuk info lanjut.
 
 
Pesta Air Langkawi 2013 : 12 April - 14 April 2013 : Pantai Cenang, Langkawi : Festival Air Malaysia menampilkan acara karnival memancing di Pantai Cenang. Antara aktiviti lain : kayak, para sailing, jet ski, kapal layar. Sila layari www.motour.gov.my
 
 
20th Malaysia International Jewellery Festival 2013 ( Spring Edition ) : 19 April - 22 April 2013 : KLCC K.Lumpur : Menampilkan lebih 250 rekaan perhiasan wanita daripada 20 negara seperti Malaysia, Hong Kong, Sri Lanka, Itali. Anda boleh layari www.mij.com.my
 
 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 : 26 April - 5 Mei 2013 : PWTC, Kuala Lumpur : Temanya 'Buku Menjana Kepintaran Kreatif'. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ceramah penulisan, pelbagai pelancaran buku serta bertemu penulis. Anda boleh layari www.kualalumpurbookfair.my
 
Health and Fitness Sports Expo 2013 : 26 April - 28 April 2013 : KLCC Kuala Lumpur : Meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Banyak program menarik bakal diadakan berserta booth jualan produk kesihatan, kelas, kursus latihan kecergasan dengan tawaran harga menarik. Anda bleh layari www.harenet.com.my
 
20th Regatta Lepa Semporna : 26 April - 28 April 2013 : Semporna, Sabah : Pertandingan bot tradisi tercantik. Di samping pelbagai aktiviti sukan air yang lain. Boleh layari www.sabahtourism.com untuk maklumat lanjut.
 
Labuan International Sea Challenge 2013 : 26 April - 28 April 2013 : Pulau Labuan : Jaguh-jaguh dari seluruh dunia bertanding untuk menyertai pertandingan Labuan International Extreme Kayak Challenge, Boat Tug Of War, Round Island kayak Challenge dan pelbagai disiplin sukan air lain. Untuk maklumat lanjut www.motour.gov.my
 
Karnival Hari Buah Pinggang Sedunia 2013 : 28 April 2013 : Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya : Semua dialu-alukan untuk memeriahkan ' World Kidney Day Run & Carnival 2013' . Pelbagai cenderahati menarik disediakan bagi para peserta.
 
 
Akhir kata selamat menempuh Bulan April/JamadilAwal/JamadilAkhir..semoga kita semua sentiasa dilindungi rahmat Allah swt...cintai keamanan semoga kemakmuran berterusan untuk agama, bangsa dan tanahair tercinta.