01 January, 2013

Januari 2013/Safar/RabiulAwal 1434H

Salam Tahun Baru 2013. Menginjak kita ke Tahun Baru Masihi 2013. Pelbagai azam bermain di minda, azam lama masih tertangguh, azam baru mula dijana dalam kotak fikir. Apapun masa pantas berlalu, bermula tahun baru, bermula sesi persekolahan anak-anak. Tahun ini Qwan bakal melalui alam baru bersama teman baru, insyaallah di Tabika Merlimau Barat 3, Taman Merlimau Baru. Entahlah bagaimana gaknya rentak Qwan bersama suasana serba baru...moga Allah mempermudahkan segala urusan anak-anakku dalam menimba ilmu pengetahuan, semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Tahun ini, insyaallah Visit Terengganu 2013...moga apa yang dirancang menjadi kenyataan. Penginapan telah ditempah, semoga Allah merahmati perjalanan percutian keluarga Ithinin pergi dan balik.

Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Januari :

MYES : 1 Jan 2013 : Seluruh Malaysia. Jualan akhir tahun dengan pelbagai diskaun hebat. Selamat Membelibelah....

11th Royal Langkawi International Regatta : 07 Jan - 12 Jan 2013 : Langkawi,Kedah. Saksikan aksi secara langsung di mana kapal layar dari pelbagai negara bersaing di laut lepas. Acara yang cukup berprestij.

Ponggal : 14 Jan 2013 : Sri Mahariamman Temple, Jln. Tokong, Pulau Pinang. Dianggap sebagai majlis kesyukuran. Kemuncak acara perayaan ini majlis memasak beras mendidih sehingga ianya melimpah melambangkan kekayaan masa menuai hasil. Disambut dalam tempoh 4 hari.

Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W : 24 Jan 2013 (12 RabiulAwal). Muhammad...nama seorang lelaki agung, kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga, meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya, petunjuknya membawa kita ke syurga, ajarannya menjanjikan dunia sejahtera.

Thaipusam : 27 Jan 2013 : Batu Caves, Selangor. Pesta tahunan bagi penganut agama Hindu di mana penganut menjalankan ritual yang pelbagai bagi menunjukkan rasa ketaatan.

Selamat menempuh Bulan Januari 2013/Safar/RabiulAwal 1434H. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat taufik dan rahmat Allah s.w.t