17 November, 2011

Kelebihan Membaca Al-Quran


Kelebihan membaca Al-Quran :

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula.Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran".

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda , "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya.Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf  dan Miim satu huruf".

Hadis daripada Rasulullah s.a.w yang berbunyi : "Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya.Ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya".

       *Sumber rujukan sisipan Buku Aturcara Majlis Khatam Al-Quran  Peringkat SK Pasir Besar, Gemas, N. Sembilan pada 21 Zulhijjah 1432H.


Begitulah antara butir catatan yang terdapat dalam buku aturcara yang disertai oleh Kak Ngah dalam Majlis Khatam Al-Quran hari ini.

Dan hari ini juga keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011..dengan sedu sedan, Nur Khairiah menyerahkan slip keputusan 3A 2B, gagal mengatasi Kak Long (4A 1B) tapi berjaya mengatasi keputusan Penilaian ayah dan ibu...ermm..meskipun abah telah mengetahui seawal jam 10.30 pagi melalui SMS 15888...tapi buat-buat tak tahu ler. Untuk Kak Ngah : La Tahzan, tidak mengapa, masih belum ada titik noktah penamat untuk kejayaan lebih cemerlang, gemilang di masa hadapan. Sekurang-kurangnya jadikan kegagalan sekarang untuk jadi pencetus bangkit dengan 1001 kejayaan..berjaya Dunia dan Akhirat. Keseluruhannya dengan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA : 5A 3B dan UPSR : 3A 2B.. abah dan mak serta adik beradik yang lain tetap mendoakan agar Kak Ngah akan terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan. Insyaallah...

Dan sama-samalah kita nantikan pula keputusan Kak Long dalam PMR 2011 pula..insyaallah, minggu hadapan kita sekeluarga akan menikmati 'percutian keluarga', pertautkan kasih sayang dan kukuhkan lagi ukhwah persaudaraan antara kita..ayah ibu, kakak dan adik beradik..insyaallah..

Selamat menempuh Zulhijjah/Muharam/November..semoga kita akan sentiasa diberkati dan dipayungi rahmat Allah s.w.t.

15 November, 2011

Malaysia Johan Kategori Obes di SEA



Tajuk di ms 2 Kosmo hari ini tentang Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti pasti menarik perhatian ramai. Bahkan penjelasan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Dewan Rakyat kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh WHO iaitu 50 gram..macam-macam, aku juga terasa tempiasnya..memang BMI dah hampir 29..ermm, dah lama betul tak bersenam..semangat..semangat dah tapi tak leh pi..jenama RX Lite dah cuba, sedap le pulak diet perasa koko tu..kena kuat kan azam lagi..perut makin kembang...hahaha..budaya makan malam...alasannnnn


Bahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mendedahkan sebanyak 5 juta penduduk di negara ini yang berumur 18 tahun ke atas dilaporkan menghidap masalah hipertensi atau penyakit darah tinggi..kebanyakan mereka tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat ketika usia muda. Tekanan darah tinggi akan membebankan jantung lalu menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri) dan ia akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Hipertensi yang tidak dirawat boleh membawa kepada penyakit kronik seperti paru-paru berair, penyakit berkaitan jantung, buah pinggang dan otak yang boleh membawa maut....ermmm..azam lagi menjelang 2012 : membudayakan gaya hidup sihat !...Ezy Fir Sauna / I-Ride coming soon...adusss, petang ni dah kena mulakan 10,000 langkah....

Kosmo turut mendedahkan hasil kajian Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Wan Abdul Manan Wan Muda...kira-kira 60% daripada penduduk di negara ini tidak pernah bersenam dan ia merupakan antara punca ramai antara mereka mengalami obesiti.

Info Obesiti :

* Obesiti ialah berlebihan berat badan atau kegemukan. Ia berpunca daripada pengambilan kalori lebih daripada yang diperlukan badan.

* Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan makanan berminyak dan karbohidrat tinggi juga menyumbang kepada obesiti.

* Tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara berkala.

* Juga berpunca daripada faktor keturunan, genetik dan pengambilan ubat.

* Memiliki indek jisim badan (BMI) melebihi 30 bagi lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas.

*** Obesiti dikaitkan dengan risiko penyakit kencing manis atau diabetes, penyakit jantung, darah tinggi, paras kolestrol tinggi, strok, masalah pernafasan, komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis, masalah sukar tidur, kemurungan dan boleh bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Rawatan Obesiti

* Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin (serat tinggi) dalam menu diet setiap hari.

* Kurangkan makanan bergoreng dan makanan berkarbohidrat tinggi.

* Lakukan aktiviti fizikal mudah seperti menaiki tangga, berjalan kaki, berkebun dan sebagainya.

* Henti pengambilan minuman manis dan minuman bergas.

* Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor.

Dua minggu lepas dah dapat sedikit nasihat dari Saudara Amran tentang produk Herbalife..timbul pula masalah kos pembelian..ermm..apa pun yang penting aktiviti fizikal dan pemakanan produk tersebut...dah lama betul tak berjogging, sejak menjejak kaki ke dunia peralihan awam...moga hari ini akan menjadi pencetus semangat ke arah membudayakan gaya hidup sihat...aktif setiap hari, untuk nikmat kesihatan diri...musim hujan ler pulak...ALASANNN...hahaha..

Hari ini bersemangat mencuba teknik senaman kempiskan perut : Teknik Plank (untuk membentuk perut) seperti di dalam Majalah Rapi keluaran terbaru...cuba jangan tak cuba..

Selamat menempuh bulan November dan musim cuti persekolahan anak-anak...Cuti-cuti Malaysia untuk terapi minda...semoga kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt..insyaallah.

11 November, 2011

10&11/11/11


November yang penuh pelbagai cerita..Semalam 10/11/2011 HUT perkahwinan ku yang ke 16,terasa pantas masa berlalu, gambar di atas nostalgia semasa majlis akad nikah tanggal 10 Nov 1995 bersamaan 10 JamadilAkhir 1416H..terima kasih En. Mus yang sudi jadi pengapit siang dan malam..ermm..dengan sekali lafaz berjaya memeterai suatu amanah untuk menempuh Dunia Perkahwinan, asam garam kehidupan..
Semalam juga bersama famili meraikan ulangtahun tersebut dengan mencuba sesuatu yang baru..merai bersama isteri, Riya, Nisa dan Qwan (Kak Long tiada kerana mengikut rombongan sekolah ke Tanjung Piai).Alhamdullilah perjalanan diberkati..selamat pergi dan balik..menikmati Domino Pizza di Pusat Perniagaan Senawang..pertama kali makan disana,memang berbeza dengan pesaing Pizza Hut..tiada govt caj, service caj jadi kene order dan ambil makanan yang dipesan dikaunter..minum dan makan seumpama makanan yang dipesan untuk dibawa pulang..tak pe la nak cuba yang baru..begitu rupanya 1st class pizza spt yang diuar-uarkan dlm sisipan iklan produk mereka dlm akhbar..kemudian bersantai meronda Giant..tempat lama untuk dikunjungi..pesat membangun Senawang berbeza sungguh tatkala menetap di Taman Tasik Jaya (1996 - 2001).

Dalam perjalanan pulang, singgah pula di Restoran Warisan di Perkampungan Budaya Terachi berhadapan jalan besar Seremban - K.Pilah. Pertama kali menjejaki kawasan tersebut, lengkap dengan Surau, persekitaran yang begitu nyaman, luas bersebelahan sawah padi, sempat menunai solat maghrib terasa nyaman tiupan lembut bayu..begitu eksklusif, tertera Restoran Warisan - menyedia makanan tradisional N.Sembilan dan masakan Thai. Malam semalam pekena Tomyam Poktek(teringat menu lama tika di Sg.Buloh),udang butter,kerabu suhun,kailan msk belacan..air janda pulang(ermm.. air kelapa dicampur gula enau)..nasi goreng daging merah..
Untuk menikmati makan di gazebo, caj RM10 dikenakan, pentas turut disediakan bagi persembahan kebudayaan - Bongai dan Cak Lempong tapi tak silap khusus utk hujung minggu sahaja..apapun kawasan yang luas, dekorasi yang cantik pasti menjanjikan kepuasan untuk pengunjung cuma harga sedikit mahal berbanding kedai makan di luar sana..biasalah mungkin 'keeklusifan'nya..untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.restoranwarisan.com



Hari ini 11/11/11 : Hari Kitar Semula yang turut diuar-uarkan dalam khutbah Jumaat tentang peranan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Banyak juga cerita tentang 11/11/11..dengan tarikh yang menarik, pelbagai pasangan berebut-rebut untuk melangsungkan perkahwinan, begitu juga ada pasangan yang siap menempah untuk melahirkan anak melalui kaedah pembedahan semata-mata untuk melahirkan anak pada hari ini..macam-macam..

Apapun selamat menempuh Zulhijjah/Muharam/November..moga kita semua mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah..insyaallah.

01 November, 2011

November/Zulhijjah/Muharam


Berlalu Oktober muncul November yang punya pelbagai cerita. Di bulan November kita akan menyambut Hariraya Haji/Aidil Adha, juga akan menempuh bulan baru dalam kalendar Islam iaitu bulan Muharam 1433H. November juga akan bermulanya musim cuti persekolahan dan rentetan itulah bermulanya pelbagai musim antaranya musim perkahwinan, musim berkhatan, musim cuti-cuti Malaysia dan luar negara, musim hujan, musim cukur jambul & akikah, musim buah-buahan, musim jualan hebat.....dan pelbagai musim lagi.

Antara aktiviti pilihan bulan November :

Fabulous Food 1 Malaysia / Asean Food Heritage Trail : 1 Nov - 30 Nov 2011 : Tempat : Seluruh Malaysia . Bagi peminat makanan, jangan ketinggalan untuk bersama-sama nikmati hidangan Malaysia yang sentiasa enak dan begitu menyelerakan.

Pameran & Karnival Tekstil: Malam Benang Berkilauan-Meraikan Kenangan Keemasan :
1 Nov - 31 Dis 2011 : Tempat : Dataran Merdeka dan Muzium Tekstil Negara di JKR 26, Jln Sultan Hishamuddin, K.L. Datanglah beramai-ramai untuk melihat sendiri cara pembuatan serta pameran hasil tenunan kain di sini.

Kenaboi International Challenge. Nov 2011 . Bagi yang meminati sukan lasak, water tubing, water rafting, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya kerana ia pasti menguji ketahanan fizikal dan mental anda. Website : http://www.kenaboi.com.my

Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge. Nov 2011. Tempat : Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Bagi mereka yang meminati sukan berkuda, saksikan beramai-ramai kehandalan mereka di kejohanan ini.

Raja Muda Selangor Regatta. 11 Nov - 13 Nov 2011. Tempat : RSYC Jln Limbongan,Port Klang, Selangor. Bagi peminat perahu layar, jangan lupa sertainya.

Malaysia Year End Sale (M-YES) 2011. 15 Nov - 1 Jan 2012. Tempat : Seluruh Malaysia. Masa untuk membeli belah sudah kembali. Dapatkan pelbagai diskaun menarik. Jangan lupa bawa beg kitar semula dan selamatkan Bumi.

Nanyang Wushu Drum Festival. 26 Nov 2011. Tempat : Kuching, Sarawak. Hayati dan dengarkan rentak alunan yang indah dari Nanyang Wushu Drums dan The Multi Cultural Drums.

Selamat menempuh bulan November. Semoga perancangan bercuti bersama keluarga tercinta sempena musim cuti persekolahan akan berjaya dilaksanakan, moga perjalanan nanti akan diberkati dan dirahmati Allah..insyaallah..kita hanya merancang Tuhan yang menentukan..