28 July, 2011

Malaysia : 2012-2014 -2018-2022

Malam ini pasti mencatat sejarah dalam sukan bolasepak tanahair, Stadium Bukit Jalil kembali menggamit puluhan ribu peminat sukan no.1 di Malaysia..betapa meriah suasana bagaikan ketika perlawanan persahabatan dengan Liverpool tempohari. Apapun sekurang-kurangnya gelombang sorakan peminat pasti akan memenuhi dan menyokong pasukan Malaysia sekiranya prestasi membanggakan ditunjukkan. Ada dua misi di peringkat kelayakan Piala Dunia 2014 dan misi pasukan muda Malaysia ke Sukan Olimpik 2012..
Dengan kemenangan secara aggregat berpihak kepada Pilihan Singapura pastinya ia menjadi cabaran getir untuk pengurusan FAM mencari jalan terbaik untuk memikirkan bagaimana menghadapi lawan yang lebih besar susuk tubuhnya..bahkan ke enam-enam gol Pilihan Singapura dijaringkan oleh pemain-pemain 'impot' mereka..benteng pertahanan perlu difikir2kan..tahniah untuk Khairul Fahmi yang berjaya menunjukkan permainan terbaik..Liga Bolasepak Malaysia 2012 tahun hadapan  akan menyaksikan pertembungan semula pemain-pemain impot dalam kancah bolasepak negara..malah Young Lion dan Harimau Muda akan saling bermain dalam Liga bola sepak Malaysia dan Singapura..

Bagaimana kecewanya penyokong Indonesia ketika Piala AFF Suzuki, begitu juga hampanya penyokong Malaysia ketika ini...banyak perkara perlu difikirkan oleh FAM bagi mencari jalan/misi ke arah kejayaan buat julung kalinya ke Rusia World Cup 2018 dan Qatar World Cup 2022
Apapun moga pasukan Olimpik Malaysia yang sedang berkelana di Slovakia akan berjaya menebus maruah negara menjelang pertemuan peringkat kumpulan September nanti..
Akhir kata selamat berlibur, majulah sukan untuk negara dan sesungguhnya 'Sukan membentuk Perpaduan'...gagal ke  Brazil 2014...pastikan Russia 2018  jadi misi terbaru...

17 July, 2011

Jalan-jalan bersama..floria


Tiga perkara untuk menyemarakkan institusi kekeluargaan : Solat jemaah bersama, makan-makan bersama dan jalan-jalan bersama...untuk itu semalam sepertimana rutin utk jalan2..bersama famili ke Floria 2011 di Presint 2, Putrajaya..alhamdulillah, dapat menjejaki kaki semula setelah kali pertama ke Floria 2010..jika tahun lepas bertema 'keindahan tropika', tahun ini tema bunga ros - 'roses are forever'..cuaca yang cukup baik dan ribuan pengunjung mengunjungi Floria 2011 semalam..moga aman DAMAI pada tanah yang indah ini..sebenarnya bukan 'kaki bunga' pun tetapi sekurang-kurangnya aktiviti bersama famili, menikmati pusat pentadbiran negara dengan pelbagai jenis taman dapat menjadi kalendar dalam 'jalan-jalan' famili kami, setidak-tidaknya cuti hujung minggu dapat digunakan secara bermanfaat...



Setelah puas meronda di Tapak Floria..kemudian bersama famili bersantai menikmati bekalan makanan di Taman Putra Perdana - dah ada taman permainan untuk kanak-kanak berbeza dengan kunjungan tahun lepas. Kemudian bergerak ke Taman Botani..tak cukup sehari jika ingin menikmati taman-taman yang ada di Putrajaya..insyaallah punya masa lain kali akan cuba jelajah Putrajaya Wetland, millenium monument, taman wawasan, taman rimba alam, taman saujana hijau dan terbaru Muzium Alam Semulajadi...alhamdulillah nikmat kemakmuran, moga DAMAI pada tanah yang indah ini..

Selain itu antara info terkini di Taman Warisan Pertanian adalah program 'Jom Makan Buah' mulai 29 - 31 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu 10 pagi hinga 10 malam) dan (Ahad 10 pagi hingga 6 petang) - Pakej 1: pilih,timbang bayar dan makan buah. Pakej 2 : Makan buah hingga puas (Dewasa RM18 dan kanak-kanak - 7 hingga 12 tahun RM 10) - selamat menikmati buah-buahan tempatan, tahun lepas bersantai di teratak ladang getah disitu..nyaman rasanya..

Perjalanan pulang..merentas buat pertama kali lebuhraya LEKAS..alhamdulillah nikmat pembangunan di bumi bertuah ini, menjelajah Restoran  A&W  di Taman Tasik Seremban, lama dah rasanya bertapak restoran tu..ermm hasrat anak-anak hendak kesana cuma terkilan tak dapat menikmati perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api di persisiran Tasik Presint 2 yang bermula jam 8.30 malam..insyaallah tahun hadapan kena aturkan itinerari yang lebih lengkap..paling tidak pun  menginap semalam di Putrajaya..

Akhirkata..selamat berlibur, hargailah kedamaian yang telah sekian lama kita nikmati di bumi bertuah ini : MALAYSIA




05 July, 2011

Julai 2011

Bulan Jun 2011..banyak nostalgia yang tercatat dalam diari kehidupanku..penghujung Jun yang menyaksikan penamat kursus dan tamatnya pemastautin sementara di Bamboo River. Pelbagai catatan peristiwa penghujung Jun..penyerahan kunci 11F-G-05 (hampir setahun menginap di bilik ni), majlis penyampaian sijil SKM Tahap 3 - Nature Guide oleh PAT...huhu dan proses penerimaan My Kad setelah hampir 22 tahun hanya bergelar 'pengundi pos', moga tahun ini DUN Serkam Parlimen Jasin akan menerima seorang lagi pengundi baru..

Bulan Julai muncul untuk aku menamatkan sisa kehidupan dunia 'berbeza', rasa syukur kerana sekurang-kurangnya dunia lama telah menyediakan tapak landasan dalam mencari rezeki untuk menempuh ruang kehidupan dulu, kini dan mendatang..

Antara aktiviti pilihan Bulan Julai :

7 Julai 2011 - Sambutan Hari UNESCO World Heritage City Melaka 2011
Tempat : Bandar Melaka

8 - 10 Julai 2011 - Rainforest World Music Festival
Tempat : Kampung Budaya Sarawak

8 - 10 Julai 2011 - Pameran Islam Antarabangsa :Produk-produk muslim. Antara aktiviti ialah jualan, pengedaran produk sampel, pengedaran risalah, demonstarasi produk.
Tempat : Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur

9 - 17 Julai 2011 - Putrajaya Floria ( Bagi yang meminati pokok bunga, perarakan dan pelbagai aktiviti lain. Tahun ini bertemakan 'Ros untuk selamanya'. Pasti menarik untuk pengunjung menikmati keindahan pelbagai pokok bunga.
Tempat : Pesisiran Tasik Presint 2 Putrajaya.

9 - 10 Julai 2011 Pertandingan Senaman Yoga. Terbuka kepada orang dewasa yang berusia 19 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 4 tahun. Untuk mendaftar :RM 15 untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa. Pamerkan lima posisi yoga kegemaran anda.
Tempat : Pusat Belibelah 1 Utama

13 Julai 2011 - Festival Permainan Tradisional. Mengetengahkan permainan seperti gasing, galah panjang dan ketingting. Pertandingan permainan tradisional turut diadakan.
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Tembeling, Kuala Lumpur.

16 Julai 2011 Festival Bon Odori. Bon Odori bermakna tarian ringkas Bon yang diadakan setiap tahun ketika Obon.  Bertujuan mendedahkan budaya Jepun serta pelbagai makanan, seni dan tarian yang berasal dari Jepun.
Tempat : Stadium Matshushita, Shah Alam, Selangor.

18 Julai 2011 Ipoh Open International Run. Sertai larian bersama pelari antarabangsa.
Tempat : Ipoh, Perak.

22 - 24 Julai 2011. Port Dickson International Triathlon 2011. Dengan kombinasi 3 aktiviti berlari, berenang dan menungang basikal, triathlon sememangnya aktiviti yang ditunggu oleh beribu orang peminatnya yang datang dari seluruh dunia.
Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selamat tinggal Jun, selamat datang Julai..selamat tinggal Rejab, selamat datang Syaaban..moga kita semua akan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t..insyaallah..selamat berlibur...